Saturday, February 14, 2009

Sehari Bersama Angkasawan Negara-14 Februari

Pada 14 Februari 2009, Angkasawan negara telah datang ke Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah. Angkasawan itu bernama Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustaphar. Beliau ialah angkasawan Malaysia yang pertama. Beliau tiba pada pukul 10 pagi. Semua murid sangat gembira kerana dapat bertemu dengan beliau.Perasmian kempen membaca di mulakan dan semua murid mendapat sebuah beg berisi buku. Beliau seorang yang tingi dan kacak. Selepas sarapan pagi, saya masuk ke dalam dewan dan menangkap gambar beliau. Apabila beliau masuk ke dalam dewan, beliau kemudian memberi ceramah motivasi tentang pengalaman di ISS[International Space Station].Beliau menceritakan gasing boleh berputar selama 2 hari di sana. Dr SMS juga menunjukkan video cara mandi,cara sembahyang,dan lain-lain di angkasa. Beliau menasihatkan semua murid supaya tidak takut dan belajar bersungguh- sungguh jika ingin menjadi seorang saintis dan angkasawan.Selepas ceramah motivasi saya membeli poster dan saya mendapat tandatangan beliau.Saya juga berpeluang mengambil gambar bersama beliau. Saya sungguh gembira kerana dapat bertemu dengan angkasawan negara secara dekat. Saya berharap saya akan menjadi seorang yang berani dan bijak seperti beliau.

No comments: