Saturday, November 29, 2008

SEJARAH PORT DICKSON


Pada 25 hingga 28 November,kami sekeluarga pergi ke Port Dickson. Terdapat banyak tempat menarik di Port Dickson antaranya Teluk Kemang,Purnama Beach dan Pulau Cahaya. Kami pula menginap di sebuah hotel berdepan dengan laut yang terbentang luas. Saya ingin bercerita tentang sejarah Port Dickson.
Sebelum tempat ini dibangunkan,orang Melayu menamakannya Tanjung kerana kedudukannya di teluk kecil. Orang Cina dan orang India pula menamakannya Alang dan Arang kerana berhampiran dengan sebuah pulau yang terkenal dengan pengeluaran arang. Semasa kedatangan Sir John Prederick Dickson,beliau sebagai pegawai tinggi British menamakan tempat itu sebagai Port Dickson.Pada tahu 1901, syarikat Shell Petroleum danTrading telah mendirikan kilang penapisan minyak untuk menapiskan minyak. Esso pula membuka kilang penapisannya pada tahun 1964.Sebuah kem Angkatan Tentera Melayu dan Maktab Tentera Persekutuan telah ditubuhkan pada tahun 1934.Ia memberi peluang bagi penduduk Port Dickson berkhidmat sebagai angkatan tentera. Selain itu,satu landasan keretapi telah dibina pada tahun1891 sepanjang 39 km menghubungkan Tanjung dan Sungai Ujong yang sekarang dikenali sebagai Seremban.Perang laut terkenal berlaku di Cape Rachado diantara Belanda dan Portugis.Semasa peperangan,dua kapal Belanda dan Portugis .ang karam.Antaranya Sao Salvador dan Don Duarrte de Guerra's bagi kapal Belanda manakala Middleburgs dan Nassau adalah kapal Portugis/

No comments: