Monday, December 22, 2008

Kelantan Darul Naim: 1-3 Dec 2008


Hari Pertama.

Kami bertolak dari Taiping ke Kelantan pada pukul 10 pagi. Kami sekeluarga bersarapan di kawasan rehat. Adik saya,Haziq demam. Selepas itu,kami bertolak ke Kelantan melalui jalan lama. Saya dan adik saya,Hanif tidur semasa kami melalui Banjaran Titiwangsa. Kami sampai di Kelantan pada pukul 5 petang. Kami juga menginap di sebuah aparment. Pada waktu malam,kami makan di sebuah kompleks membeli belah. Pada waktu itu,hujan turun dengan lebat.

Hari Kedua.

Pada waktu pagi,kami bersarapan roti bakar dan teh. Selepas itu,kami pergi ke Pengkalan Kubor untuk membeli belah. Saya membeli dua pasang baju bola sepak dan sepasang seluar panjang. Selepas itu,kami pergi ke Wat Machimmaram dan mengambil gambar. Semasa perjalanan balik ke aparment,kami melihat banyak rumah dilanda banjir. Banyak barang berterapung di atas permukaan air. Pada waktu tengah hari,kami makan di sebuah restoran. Selepas it,kami berehat di bilik kami. Pada pukul 2 petang,kami sekeluarga melawat Istana Jahar,Bank Pitis dan lain-lain lagi. Selepas itu,kami membeli belah di Pasr Siti Khadijah. Ayah saya membeli sepasang kain songket. Emak saya pula membeli sepasang baju kurung yang cantik. kami berasa sangat gembira.

Hari Ketiga

Pada pukul 8 pagi,emak dan ayah saya pergi ke membeli belah di pasar MPK B. Saya dan adik saya hanya tinnga di bilik kami sahaja. Kami bersarapan dengan roti bakar,telur dan teh. Pada pukul 11pagi,kami bertolak ke Terengganu.

No comments: